puteri_nurinsyirah
aku ingin kita seperti
Aku ingin kita seperti Abu Bakar Al-Siddiq,
Persahabatan di jalin kerana Al-khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebanaran sanggup bersakit…
Serta tawakkal Ibrahim mulia,
Ketika meninggalkan insan tercinta,
Di bumi tandus tanpa bicara,
Meyakini Allah sebagai penjaga…
Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersama tatkala diamnya mereka
Mengerunkan musuh durjana…
Serta senyuman Syed Al-qutb,
Ketika berhadapan dengan tali maut,
Akidah mantap tidak terrenggut,
Roh dakwahnya tidak surut…
Aku ingin kita seteguh Ibnu zubbair,
Menahan panahan hajjaj dengan rela,
Bersama si ibu tua lantas syahid,
Rebahnya ke syurga…
Marilah kita menyemai benih Hassan Al-banna,
Fikrahnya jernih menggegar dunia,
Merelakan tubuhnya dimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah & Rasul…
Aku cintakan pemuda Giffari,
Menentang kezaliman walaupun diancam,
Moga kan lahir lagi di abad ini,
Jiwa jitu pemuda yang tidak pernah suram…
Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
Walaupun dihumban keperigi tua,
Terpisah dari Ayahanda bertahun lamanya…
Aku ingin pusara kita harum mewangi,
Bagai harumnya pusara Masyitah,
Semerbak kasturi…
Aku ingin persahabatan indah ini,
Bisa menjadi syafaat di mahkamah masyar nanti…
