epolain

PANJI 10 5: BULAN PANCAWARNA

Date: 12 Jun 2008, 10:06 am / Mood: optimistic












PANJI 10 5: BULAN PANCAWARNA



Bulan putih

Bulan kuning

Bulan biru

Pancawarna tapi satu



bulan putih hijau sinarnya

bulan kuning semesta alamnya

bulan biru merah silatnya



Al Khidir pun tersenyum

Wahai sahabat

Kadangkala tak terjangkau

dek akal

gerak silat akal pendekar



Al-Isra’:111 bertalun gema

bersatu dalam nur di atas nur

benarlah Maha Pemurah

melingkar Rahim-Nya

tertolak hukuman Al-Hakim

lewat istighfar dan taubat



“Timur dan barat kepunyaan Ku

Bersatu dalam sujud pada Ku”

pelita minyak zaitun takkan padam

kayunya berkat

tidak di timur tidak di barat



langkah jantan

langkah betina

takku peduli

asal berlangkah

berlangkahlah



silat jantan

silat betina

takku endah

asal bersilat

bersilatlah



MALIM AH

Taman Rambai Utama, Melaka.

Jumaat. 0505H. 1 Februari 2008. 23 Muharam 1429.

© Hakcipta Terpelihara Mahadher Abdul Halim 2008.