epolain
PANJI 10 4: SALAM ALAM
PANJI 10 4: SALAM ALAM
Tengkolok destar sekembang alam
Segalanya bermula di sini
biru dan putih
satu dalam pelbagai
lapan penjuru angin bermata satu
lapan panah angin berbusur satu
lapan lapis alam bertitik satu
kepala sauh bulat ilmu
batang sauh tegak iman
cangkuk sauh dasar amal
lalu
empat panah kecil putih pun
terobos alam semesta alam
ambil hak diri
dari khazanah laut
kurnian-Nya
sesungguhnya benarlah
dari Dia kita datang
kepada Dia kita kembali
Amin.
MALIM AH
Taman Rambai Utama, Melaka.
Jumaat. 0505H. 1 Februari 2008. 23 Muharam 1429.
© Hakcipta Terpelihara Mahadher Abdul Halim 2008
