epolain

PANJI 10 3: WIRA DINAR

Date: 12 Jun 2008, 10:08 am / Mood: accomplished












PANJI 10 3: WIRA DINAR



Hey…

Hey, hey…



Salam-salam di simpang tiga

Sepuluh budak ikatan tali

Sanggup selam hati nan tega

Suluh candak ribuan kali



Bilah keris sendeng langit

Helai kalam tunduk bumi

Padi emas alahai…

Padi emas rangkai berangkai

Susun elok tersusun

Junjung aduh menjunjung

Bulan dan bintang

Panji-panji kibar megah

BERBAKTI di dasar bumi



Hey…

Hey, hey…



Keris parang silang iman ke udara

Sauh ilmu dalam ke laut

Helang amal senyum ke darat

Alahai…

Tiga khidmat berkhidmat

Terus berkhidmat

Panji-panji beralun

Hitam kuning bertalun

Putih warna bersatu jiwa



Rafak sembah genggam hati

Junjung kasih susun jari

Tiga lembah berdiri bakti

Hitam kuning baju diri



Hey…

Hey, hey…





MALIM AH

Taman Rambai Utama, Melaka.

Jumaat. 0254H. 1 Februari 2008. 23 Muharam 1429.

© Hakcipta Terpelihara Mahadher Abdul Halim 2008.














 

 












 

 












 

 




epolain (21 Jul 2008, 2:09 pm):
Tika_Itu (12 Jun 2008, 11:06 am):

Boleh jadi...




humayra_solehah (20 Jun 2008, 10:58 am): um..lagu ker.. pantun ek??
huhu..seni sungguh

Lagu boleh, pantun pon boleh...
Best kan?








humayra_solehah (20 Jun 2008, 9:58 am):
um..lagu ker.. pantun ek??
huhu..seni sungguh