aiNul_azZ

Dilema

Date: 30 Nov 2006, 3:40 am / Mood: frustrated
Permata antara kaca
Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga

Di manakah budinya
Dimanakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi
Nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak di peduli

Oh wanita
Kembali menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Di ciptakan untuk di hormati
Sentiasa di redhai Tuha Pencipta

Kembali kepadaNya
Juga pada rasulNya
Pasti di hadirkan taufiq dan hidayahNya..

Wanitaأ¢â‚¬آ¦

Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohilah peribadi Ummul-Mukminin
Rasulullah di jadikan suami
Tertawan kerna keluhuran pekerti
Bukan kerana harta
Bukan kerana nama
Tetapi kerana budi yang di sanjungi
Kembalilah..

Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya..
Latest posts:
Dilema 30.11.2006
ifwan (08 Dec 2006, 5:19 pm):
a'kum...
best nye sajak nie..amat bgus
sgt sesuai dgn situasi skrg kn..

bgus laa awk nie..ni laa wanita kita carik2 slama ini..hehe
gudluck 4 all what u do..i'm always supporting u.
post kn kt fs skali tau..
ok..take care